You are here: Home

Menu Utama

Ahli Persatuan Matahari

PERSATUAN WANITA UMP - MATAHARI
Persatuan Matahari UMP anjur Tazkirah Ramadan PDF Print E-mail
Written by Emma Melati   
Saturday, 11 July 2015 03:04

Persatuan Wanita UMP anjur Tazkirah Ramadan


Kuantan, 8 Julai- Lebih 100 ahli Persatuan Wanita UMP (Matahari) hadir dalam Program Tazkirah Ramadan yang dianjurkan sebagai mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.   


Dalam program ini, Ustazah Anita Abdul Rani, pensyarah dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) membicarakan tentang persiapan diri dalam mengambil keberkatan pada sepuluh malam terakhir sebelum menjelangnya bulan Syawal.


Katanya, umat Islam perlu memperbanyakkan istighfar dan berselawat serta membaca Al-Quran selain menunaikan solat sunat Tarawikh dan solat sunat yang lain terutamanya dalam mengejar malam istimewa iaitu Malam Laitul Qadar.


“Amalan yang dilakukan sepanjang Ramadan ini diharapkan menjadi transformasi diri ke arah kebaikan dan diteruskan pada bulan-bulan berikutnya,” kata Ustazah Anita.   


Sementara itu, dalam program yang sama turut berlangsung majlis serahan sumbangan kuih raya yang disampaikan Penasihat Matahari, Datin Fazia Ali yang turut dihadiri Presiden Persatuan Matahari, Profesor Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim.


Dalam ucapannya, Datin Fazia menyeru ahli Matahari agar dapat meluangkan masa dan bergiat aktif bersama-sama jawatankuasa yang lain dalam menyokong aktiviti persatuan terutamanya dalam menjalankan khidmat sosial.


“Sepanjang Ramadan ini, persatuan turut menjalankan ativiti kesukarelawanan dengan bekerjasama menjayakan program universiti termasuk dengan Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN). Antaranya melibatkan aktiviti Jejak Asnaf dan Fakir Miskin serta Program Singgah Sahur yang akan diadakan pada minggu ini,” katanya.

 
Persatuan Wanita UMP - MATAHARI
Written by Administrator   
Saturday, 07 July 2007 09:54

Selamat datang ke laman web MATAHARI

alt

  Persatuan Wanita UMP yang dikenali sebagai MATAHARI adalah sebuah persatuan yang baharu ditubuhkan pada tahun 2009. Majlis Pra Pelancaran MATAHARI telah disempurnakan oleh KDYTM Tengku Puan Pahang pada 16 Jun 2009.
Di peringkat awal penubuhannya, MATAHARI melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli.
 
Ahli-ahli Jawatankuasa protem pada masa ini  telah berusaha keras membentuk perlembagaan bagi memastikan persatuan ini berdaftar dan boleh melaksanakan aktiviti serta program yang menjurus kepada matlamat pertubuhan.
 
Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan, sokongan padu daripada Datin Fazia Ali sebagai Ketua Timbalan Pendaftar yang juga isteri kepada Naib Canselor UMP menguatkan semangat persatuan untuk membentuk persatuan yang terdiri di kalangan staf wanita dan isteri kepada staf UMP.

Dengan adanya laman web ini sebagai gerbang untuk mencapai ilmu yang tidak ada batasannya, setiap ahli akan berpeluang untuk meningkatkan diri masing-masing supaya dapat menyumbang kepada kemajuan kendiri. keluarga, masyarakat dan negara tercinta.
 
Dalam pada itu, persatuan masih terus berusaha untuk menambahkan keahlian di samping berusaha menyediakan pelbagai aktiviti dan  rancangan untuk mencapai matlamat penubuhan persatuan ini.

Antara program yang akan telah dilaksanakan ialah Karnival Usahanita yang diadakan bersempena pelancaran Matahari pada tahun lalu. Kesinambungan daripada itu, Majlis Pelancaran Matahari & Karnival Wanita UMP dijangka  diadakan pada 9 April 2010 ini. Berbagai usaha sedang dijalankan bagi mengadakan program keusahawanan, karnival jualan,  kelas masakan, ceramah kesihatan dan lain-lain.


"MATAHARI BERSINAR UMP BERSERI"
  

Last Updated on Saturday, 11 July 2015 03:01